Friday, November 12, 2021

 

ANALISIS KARYA PELUKIS TEMPATAN DAN BARAT

Tokoh Pendidikan merupakan orang yang telah banyak berjasa kepada negara dalam bidang Pendidikan seni yang boleh dijadikan contoh sehingga kini. Pada sesorang yang minat seni, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan. Terdapat karya terkenal dapat dilihat yang berkaitan dengan Pendidikan berkualiti dalam penghasilan seni. Maksud Pendidikan berkualiti adalah untuk Mendapatkan pendidikan yang berkualiti adalah asas untuk mewujudkan pembangunan lestari.

Karya Tempatan



Chuah thean teng

Tajuk : Bathing Baby

Tahun : 1992

Media: Pastel

Sumber : https://www.mutualart.com/Artwork/BATHING-BABY/10DB305B4FEC19BF

Dalam karya di atas telah dibuat oleh Chuah Thean Teng. Karya ini sangat terkenal pada zaman dahulu unsur seni yang boleh didapati dalam karya ini adalah menggunakan warna yang tidak terang dan menunjukkan keseimbangan dalam gambar tersebut. Selain itu, media dalam karya beliau telah menggunakan media pastel kemudian corak menggunakan kaedah batik. Mesej yang disampaikan dalam karya ini adalah seorang ibu yang mandikan bayi dengan penuh kasih saying yang bererti semua ibu sangat menyayangi anaknya dan sanggup berkorban apa sahaja. Justeru itu, dari segi Pendidikan ibu menunjukkan anaknya cara mandikan bayi dengan betul. seperti seorang kanak-kanak yang berada dalam belakang ibu akan memerhatiakan ibunya mandikan bayi dengan baik tanpa cedera. Hal ini kanak-kanak tersebut akan dapat pelajari dengan cepat oleh ibunya.




Dzulkifli Buyoung

Tajuk : Membakar Semut

Tema : aktiviti kanak-kanak alam tempatan

Nilai : merakamkan keriangan, kenakalan, keharmonian, dan kegembiraan hidup kanak-kanak di kampung

Tahun:1967

Media : Kapur Pastel

Sumber : http://senishukri.blogspot.com/2012/12/dzulkifli-buyong.html

Karya di atas yang telah direka oleh karya Tempatan Dzulkifli Buyoung . unsur seni yang terdapat dalam karya adalah dengan menggunakan warna yang terang . ia menggunakan media kapur pastel untuk kelihatan unik.  Karya menunjukkan kanak-kanak yang berada di tempat alam sedang bermain. Dalam karya kanak-kanak sedang membakar surat khabar untuk membakar semuat. Hal ini menujukkan kanak-kanak nakal, ceria Ketika bermain Bersama. Dari segi Pendidikan kanak-kanak mengetahui cara membakar surat khabar untuk menghalau semut. Sifat Kerjasama perlu ada dalam diri mereka.

 

 

 



Mohd sallehuddin

Tajuk : at the kampung shop

Tahun: 1959

Media : cat minyak

Sumber : http://artist-calvin.blogspot.com/2013/12/at-kampung-shop-mohd-sallehuddin.html

Karya dia atas yang telah dilukis oleh pelukis mohd sallehuddin. Karya di atas menunjukkan tiga watak iaitu penjual dan pembeli Bersama anaknya di pasar. Tema yang disampaikan oleh pelukis adalah sosioekonomi masyarakat tempatan. Hal ini menunjukkan sikap manusia Ketika membeli di pasar sehingga sekarang. Unsur seni yang dapat dilihat ia menggunakan warna yang terang dan menggunakan media cat minyak untuk kelihatan licin. Cat minyak adalah media basah yang di Lukis pada permukaan yang basah. Dari segi Pendidikan yang dapat dilihat dalam karya ini seorang ibu membeli barang dengan soapn  hal anaknya dapat mengikut jejak ibunya membeli barang dengan sopan dan mengenali barang dengan baik.

 

 

 

 

 

Karya pelukis barat

 



Leonardo da vinci

Tajuk : 'The Benois Madonna

Media : oil on board

Sumber : https://hot.detik.com/art/d-4201771/selain-lukisan-kristus-ini-5-karya-fenomenal-leonardo-da-vinci-lainnya

Lukisan 'The Benois Madonna' atau yang dikenal dengan nama 'Madonna and Child with Flowers' ditampilkan di Museum Hermitage di Saint Petersburg, Rusia. Mesej Karya yang disampaikan ini menggambarkan seorang perempuan bernama Madonna dengan bayi Kristus yang duduk di pangkuannya sedang melihat bunga-bunga kecil di tangannya. Tema perempuan dan bayi menjadi tema favorit dari karya Leonardo Da Vinci. Dari segi unsur seni warna yang dipakai menggunakan warna gelap pada bahagian latar belakang dan juga baju manakala Madonna dan bayi menggunakan warna yang terang untuk kelihatan terang dari segi perbuatannya. Pendidikan yang dapat dilihat dalam karya ini Madonna menunjukkan bunga kecil kepada bayi untuk memegang bunga, baunya dan warnanya. Hal ini Madonna mengajar bayinya memperkenalkan persekitaran alam semulajadi.

 

 

 



Edgar Degas

Tajuk : reherseal of the scene

Tahun: 1872

Media : oil on canvas

Sumber : https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Edgar_Degas_-_Rehearsal_of_the_Scene.jpg#filehistory

Karya di atas telah dilukis oleh pelukis Edgar Degas. Beliau adalah pelukis perancis yang terkenal dan melukis gambarnya sendiri .Unsur seni yang dapat dalam karya adalah menggunakan warna gelap kemudian media yang digunakan adalah mewarna dengan menggunakan minyak pada kanvas. Tema dalam karya tarian kerana terdapat ramai penari ballet yang sedang berlatih dengan bersungguh sebelum persembahan dimulakan. Mesej karya yang ingin disampaikan adalah pelajar perlu berusaha berlatih sehingga berjaya. Dari segi Pendidikan  kanak-kanak berlatih sehingga penghasilan yang baik. Kanak-kanak juga akan belajar dari mana kesilapan ketika latihan dijalankan. Sebagai contoh, kanak- kanak tidak pandai mengayuh basikal sehingga dapat mengayuh basikal dengan stabil.

 

 

 

 



Salvador Dali

Tajuk : The Persistence Of Memory

Tahun: 1931

Media : Oil On Canvas

Sumber : https://www.slideshare.net/MasveronikaJinus/karya-tokoh-barat-salvador-dali-aliran-surealisme

Dalam karya di atas dapat dilihat  satu karya seni yang beralirankan surealisme. Surealisme adalah subjek utama yang bersifatkan imej khayalan dan alam mimpi.  Unsur seni dalam karya tersebut terdapt beberapa jam yang meleleh pada tempat yang berbeza. Ia menggunakan warna terang dan gelap untuk menampakkan ton cahaya. Teknik yang digunakan mewarna yang digunakan media minyak atas kanvas. Mesej yang disampaikan dari karya adalah imej jam yang ditunjukkan di atas merupakan menguruskan masa dengan baik. Selain itu , waktu itu sangat penting yang digunakan untuk menguruskan masa dalam kehidupan. Dari segi Pendidikan juga pelajar harus menggunakan masa dengan sebaiknya  dan mempelajari untuk menghargai masa yang ada sebagai contoh pelajar harus menyiapkan lakaran sebelum tarikh penghantran.

 


  ANALISIS KARYA PELUKIS TEMPATAN DAN BARAT Tokoh Pendidikan merupakan orang yang telah banyak berjasa kepada negara dalam bidang Pendidik...